Ucapan Guru Besar






ENCIK SUIB BIN HJ HAMID
GURU BESAR
SK BANDAR TUN RAZAK


Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..
Alhamdulillah, 
Syukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih berpeluang bersama-sama meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa.

Guru-guru yang dihormati,
Kita perlu peka bahawa sistem pendidikan kini telah mengalami banyak perubaha. perubahan dalam ilmu dan pendidikan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakan. pelan pembangunan pendidikan malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan adalah persiapan untuk menyediakan generasi penerus dan negara menghadapi cabaran alaf 21. Antara cabaran alaf 21 ialah perkembangan ilmu dan proses pendidikan uang dinamik. perkembangan teknologi terutama teknologi maya dan media baru adalah cabarn yang perlu dihadapi dengan perancangan rapi dan strategik. Jesteru itu guru-guru disaran menjalani proses transformasi dengan meningkatkan pengetahuan akademik melalui penyertaan dalam pelbagai latihan serta kursus sebagaimana yang dihasratkan dalam PPPM 2013-2025.

sebagai guru, hubungan kita amat rapat dalam proses menyediakan murid dengan perubahan dan sistem pembelajaran memerlukan pelbagai elemen kreatif dan inovatif bagi menarik perhatian murid. Oleh sebab itu "Meneraju Perubahan' dipilih sebagai cogan kata KPM bagi menaikkan semangat warga pendidikan untuk menjayakan transformasi pendidikan.
 
Guru-gur yang dihormati
Kita juga sedia maklum bahawa pentaksiran yang mengukur kecemerlangan murid bersandarkan peperiksaan akademik semata-mata tidak releven lagi. Jesteru itu  petaksiran berasaskan sekolah (PBS) berdasarkan keputusan keseluruhan 4 komponen penilaian iaitu pentaksiran Pusat, Pentaksiran sekolah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum dan pentaksiran Psikometrik akan diperkukuhkan.PBS dirumus bagi memastika matlamat melahirkan murid yang beradab dan berakhlak termasuk memberi penekanan utama terhadap konsep perkongsian ilmu.
 
Guru-guru yang dihormati
Penekanan terhadap aspek PdP abad 21 perlu dimantapkan. salah faham banyak pihak terhadap PdP abad 21 yang memerluak bilik darjah yang cantik, berhawa dingin serta dilengkapi teknologo canggih perlu diperbetulkan. Pembelajaran abad 21 merujuk kepda konsep PdP yang kondusif terbuka, interaktif, menarik dan berpusatkan murid.
 
Jesteru saya menyeru warga sekolah berfikiran positif, agar sama-sama mengambil tindakan yang proaktif dalam mendukung cita-cita dan aspirasi tersebut. saya juga berharap usaha kolaboratif setiap pihak, terutama warga sekolah ini yang sentiasa berkesanggupan untuk mengembeleng tenaga mampu menjayakan setiap aktiviti dan program yang dirancang.
 
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi taniah kepada warga sekolah yang telah sama-sama berusaha dengan gigih dalam merancang dan melaksanakan setiap aktiviti dan program.

Sekian, terima kasih.

Profil Saya

My photo
26900 Bandar Tun Razak, Pahang, Malaysia
Tel/Fax : 09-4455876